Selasa, Julai 12, 2011

Cocaine and Canabis







hahahaa ..posting ni pasal this soalan :- 


.383
A female, aged 20, after smoking notices a peculiar inebriation with the feeling of burst of 
energy, elation, irreality and changing of surroundings: the world gets full of bright colours, 
the objects change their dimensions, people's faces get cartoon features, loss of time and 
space judgement. What is the most likely diagnosis?   
A Cocainism   
 B Morphinism  
C Barbiturism   
D Nicotinism   
E Cannabism   
so pokcik pon mulalah google...skodeng sana skodeng sini akhirnya ... :-



1) PENGENALAN
Tidak dapat dinafikan bahawa masalah penagihan dadah sedang mengancam kehidupan manusia khasnya masyarakat di negara ini. Masalah ini juga terdapat di negara-negara lain. Sesungguhnya masalah ini mendatangkan kesan yang buruk kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat, ekonomi dan keselamatan negara.
Istilah dadah adalah sukar untuk diberi takrifan yang tepat dan seragam kerana penggunaannya yang unik dan istilah ini digunakan khusus di Malaysia sahaja. Tetapi ada juga yang mengistilahkan dadah sebagai bahan kimia samada yang asli atau tiruan apabila disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakuan seseorang. Dadah merangkumi beberapa aspek seperti tujuan, cara dan kesan penggunaan atau penagihan.
Sebenarnya penggunaan istilah ‘drug’ diperingkat antarabangsa mempunyai takrifan yang neutral, luas dan umum. Istilah ini perlu digunakan bersama istilah ‘use’, ‘misuse’ dan ‘abuse’ untuk menggambarkan keadaan yang berbeza-beza. Berbanding dengan istilah dadah yang mempunyai takrif yang lebih khusus walaupun kompleks, kerana istilah ini menggambarkan sesuatu yang jijik dan mesti dijauhi.
Istilah dadah boleh ditakrifkan mengikut 4 keadaan penggunaan iaitu penggunaan secara umum, penggunaan bahan untuk tujuan perubatan, penggunaan bahan kimia psikoaktif yang menagihkan dan penggunaan yang membawa kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial. Penggunaan dadah secara umumnya boleh mendatangkan kesan yang positif jika diambil dalam dos yang betul tetapi ia akan mendatangkan kesan yang negatif jika diambil dalam dos yang berlebihan.
1. PENGGUNAAN SECARA UMUM :
Dadah ditakrifkan secara paling umum sebagai bahan atau campuran bahan yang mana penggunaaannya boleh menyebabkan perubahan-perubahan dalam fungsi atau struktur fisiologi organisme atau manusia. Oleh sebab itu, di sini takrif ‘dadah’ dari bahan-bahan seperti makanan, air, oksigen dan sebagainya dalam jumlah yang diperlukan untuk menyegarkan kesihatan dan kehidupan manusia.
2. PENGGUNAAN UNTUK BUKAN TUJUAN PERUBATAN :
Di sini istilah ‘dadah’ merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan yang mana penggunaannya adalah dilarang. Oleh sebab itu, jika sesuatu bahan digunakan untuk tujuan mengesan, mencegah dan merawat penyakit, istilah ‘ubat’ digunakan walaupun diketahui bahawa setengah-setengah jenis bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan mungkin disalahgunakan. Sehubungan dengan ini ‘dadah’ selalunya terdiri daripada bahan-bahan yang termasuk di bawah kawalan undang-undang..
3) PENGGUNAAN BAHAN KIMIA PSIKOAKTIF YANG MENAGIHKAN :
Takrif dadah dalam penggunaan ini merujuk kepada fungsi atau sistem tubuh yang dipengaruhi oleh ‘dadah’. Dadah merujuk kepada setengah jenis bahan kimia psikoaktif iaitu bahan-bahan yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang untuk mengubah perasaan kelakuan dan pemikiran. Pada hakikatnya tidak semua bahan kimia psikoaktif diistilahkan ‘dadah’ kerana hanya bahan kimia psikoaktif tertentu sahaja yang menimbulkan ciri-ciri ketagihan iaitu penggunaan pada diri sendiri samada ditekan, dihidu, dikunyah, dihisap atau disuntik, pergantungan terhadap dadah secara psikik atau fisikal serta gejala-gejala tarikan apabila terputus bekalan dadah dan peningkatan daya tahan terhadap setengah-setengah jenis dadah.
4) PENGGUNAAN YANG MEMBAWA KESAN BURUK KE ATAS
KESIHATAN DAN FUNGSI SOSIAL :
Takrif ‘dadah’ dalam keadaan ini ialah menentukan bahawa ia merujuk kepada
bahan-bahan yang membawa kesan yang buruk atau bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang individu.
2) JENIS – JENIS DADAH
Pada amnya dadah dapat dibahagikan kepada empat jenis atau kumpulan yang mudah disalahgunakan ;
1. Opiat – heroin, morfin, candu dan kodein.
2. Kanabis – ganja, hashish.
3. Depresen – sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer.
4. Stimulan – jenis amfetamin dan kokain.
5. Halusinogen- Lysergic acid diethylamide (LSD), meskalin dan psilosibin.
3) DADAH KANABIS
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi dari pokok genus Cannabis. Pokok ini ditanam oleh manusia untuk mendapatkan dadah walaupun ia juga didapati tumbuh liar di kawasan-kawasan beriklim panas di Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.
3.1) SEJARAH KANABIS
Rekod Maharaja Shen Nung di Negeri China yang dikatakan tertulis dalam tahun 2737 sebelum masihi menunjukkan bahawa pokok Kanabis ( ‘Ma’ ) ditanam untuk dijadikan bahan membuat kain. Para tabib Cina juga menggunakan getah kanabis untuk mengubati penyakit seperti sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah Cina bernama Hua Ta telah menggunakan bahan ini sebagai ubat pelali pada akhir kurun kedua selepas masihi.
Di Timur Tengah perkataan kanabis dikatakan berasal dari istilah Assyria ‘kunubu’. Pada kurun kelima sebelum masihi, ahli sejarah Greek bernama herodotus mencatatkan bahawa terdapat puak-puak nomad di kawasan yang sekarang merupakan sebahagian dari Rusia yang menanam kanabis dan menghisapnya untuk keseronokan.
Rekod-rekod awal dari negeri India, umpamanya ” Sasruta ” yang ditulis dalam tahun 400 masihi, menyatakan kegunaan kanabis yang telah digredkan. ‘ Bhang ‘ gred paling rendah digunakan oleh kasta bawahan untuk membuat minuman. ‘ Ganja ‘ gred yang lebih kuat dihisap oleh kasta pertengahan, sementara ‘ Charas ‘ gred paling kuat dimakan bersama kacang dan madu oleh kasta yang tinggi. Orang-orang Arab dikatakan menggunakan kanabis sebagai ganti alkohol. Kanabis diperkenalkan ke negara-negara
Amerika oleh orang-orang Sepanyol yang menggunakan kanabis selepas peperangan dengan orang-orang Moor.
Di Britain pula, kanabis digunakan sebagai ubat. Ia telah disenaraikan dalam British Pharmacopoeia dari tahun 1867 hingga 1949 sebagai salah satu bahan yang dicampurkan dengan kloroform dan morfin. Dalam tahun 1934 ia digunakan untuk merawat sakit lelah (asthma), pening kepala (migraine) dan sebagai ubat tidur. Pada tahun 1960an, kanabis dikaitkan dengan kebudayaan hippi yang mengamalkan cara hidup bebas.
3.2) JENIS-JENIS KANABIS
Ganja merupakan salah satu daripada jenis kanabis dan ianya satu bahan yang sangat kompleks. Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama. Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil, serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok, asal-usul, iklim dan cara penanaman, adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa.
Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis bergantung kepada kandungan THCnya. THC atau delta 9 – tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif, salah satu daripada 61 bahan kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis. Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan. Kanabis terdapat dalam beberapa bentuk.
1. Kanabis Herba
Ianya dikenali sebagai Ganja, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kit, Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.
2. Resin Getah Kanabis ( Hashish, Charas )
Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan, dikeringkan/dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza dari coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4%-12%. Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.
3. Minyak Hashish
Minyak hasihsh merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja. Ia diperolehi melalui proses kimia yang dijalankan berulang kali ke atas ganja atau hashish. Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara. Kandungan THC adalah sangat tinggi ( sehingga 60% ) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.
3.3) PENGGUNAAN BAHAN ATAU DADAH LAIN DENGAN GANJA
Di Amerika Syarikat, ganja /marijuana digunakan dengan mencampurkan PCP, LSD, minyak hashish atau lain-lain bahan kimia. Bagi meningkatkan keuntungan pengedar, ganja juga dicampurkan dengan herba lain yang telah dikeringkan. Tahi lembu yang telah dikeringkan juga pernah dicampurkan dengan ganja dan ini telah mengakibatkan merebaknya bakteria.
3.4) CARA-CARA MENGGUNA GANJA
Ganja dihisap dalam rokok atau paip, dikunyah dan boleh juga digunakan sebagai satu bahan untuk makanan.
3.5) KESAN PENGGUNAAN GANJA
Menghisap ganja mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek dan koordinasi. Perasaan ‘high’ berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.
Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas, bimbang dan syak sehingga merasa dirinya tidak terkawal lagi.
Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sekali sehingga tidak disedari oleh pengguna. Kerosakan psikologikal hanya dapat dilihat oleh orang lain dan ketara kepada pengguna hanya apabila sudah terlambat.
3.6) KESAN GANJA DALAM TUBUH MANUSIA
Bahan kimia yang terdapat pada ganja terkumpul dalam tubuh manusia. 30%-50% THC tertinggal dalam tubuh manusia seminggu selepas menghisap sebatang rokok ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu berlalu sebelum kesemua THC dikeluarkan dari tubuh mengikut proses fisiologi normal. Jika seseorang menghisap ganja secara terus-menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam semua sel tubuh, terutama sekali di bahagian otak, paru-paru dan organ pembiakan, yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.
1. Kesan Kepada Paru-Paru
Ganja mendatangkan kesan yang teruk kepada paru-paru dalam masa yang singkat ( 18-24 bulan ). Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC, bahan kimia lain ( yang menyakiti paru-paru ) serta racun-racun seperti karbon monoksid dan ammonia. Kesan asap ini begitu teruk sekali sehingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau.
Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan paru-paru yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria. Penyakit bronchitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap ganja. Selain itu penyakit laryngitis, lelah dan tanda-tanda awal penyakit kanser paru-paru juga boleh berlaku kepada penghisap ganja.
2. Kesan Kepada Jantung
Ganja juga mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejas pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang mengidap penyakit jantung.
iii. Kesan Ganja Ke Atas Otak
THC terkumpul dalam otak. Oleh kerana THC dibersihkan dari tubuh dengan begitu perlahan, sesiapa yang menghisap ganja lebih dari sekali dalam sebulan tidak akan bebas dari kesan ganja. Ganja mengubah personaliti penghisapnya. Biasanya mereka tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya dan tidak lagi berasa bimbang. Penghisap ganja mengubah perlakuan diri sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4. Kesan Ganja Ke Atas Sistem Pembiakan
1. Lelaki
Penghisapan ganja boleh menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testosterone merosot. Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon memandangkan tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan. Akibatnya terdapat setengah penghisap ganja lelaki yang remaja mempunyai buah dada.
2. Perempuan
Ganja meninggalkan berbagai kesan ke atas sistem pembiakan di kalangan perempuan. Di antara kesannya ialah kedatangan haid yang tidak menentu, kemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari dan melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir.
3.7) BAHAYA PENAGIHAN GANJA
1. Pergantungan psikologi
2. Menyebabkan seseorang itu mudah mengikut kata dan mendorong sikap yang anti sosial dan kadangkala bersifat jenayah.
3. Merosakkan kegiatan normal seperti bersifat cita-cita tinggi, berazam dan bertindak.
4. Peribadi merosot dan kadangkala sakit otak akan menyerang jika sekiranya penggunaan itu berpanjangan.
4) DADAH KOKAIN
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia dan Cambodia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Kokain seakan-akan butir-butir salji hablur. Kokain di jual secara haram dalam bentuk tepung tetapi kadang-kadang ia dibuat menjadi pil. Kokain adalah satu penyegar yang sangat kuat kuasanya seakan-akan sama dengan amfetamin.
Kokain boleh dimakan tetapi biasanya kokain dihidu atau disuntik ke dalam pembuluh darah. Kokain juga dikenali dengan nama The Leaf, Snow dan juga dikenali sebagai Speedball apabila ia dicampurkan dengan heroin. Dos yang berlebihan boleh mengakibatkan seseorang itu kejang, menggeletar, halusinasi yang hebat, malah boleh membewa maut.
4.1) JENIS-JENIS KOKAIN
1. Daun Koka ( Coca Leaf )
Daun koka adalah daun pokok Erythroxylon Coca yang tumbuh di kawasan pergunungan Andes, Amerika Selatan.
2. ‘Paste’ Koka ( Coca Paste )
‘Paste’ Koka adalah bahan ekstrak pertama daun koka selepas daun tersebut dituai. Ia diperolehi dengan mencampurkan daun koka hancur dengan alkohol/benzol, asid sulfurik dan natrium karbonat serta menapis dan mengeringkan campuran tersebut. Ia kebanyakannya mengandungi alkoloid koka dan juga dikenaki sebagai bes koka atau base. Ia dihisap bersama ganja atau tembakau. ‘Paste’ koka dibersihkan untuk dijadikan kokain.
3. Kokain
Kokain adalah serbuk habluran putih tidak berbau yang dihasilkan dari ‘paste’ koka. Ia seringkali didapati dalam bentuk kokain hidroklorida dan ia merupakan bahan stimulan yang kuat. Ia selalunya dihidu ( untuk kokain yang sehingga 82 % tulin ) atau dihisap . Ia juga kadang-kadang dicampur dengan heroin (speedballing) dan disuntik ke dalam pembuluh darah ( mainlining ) atau di bawah kulit ( skinpopping ).
4) ‘ Cocaine Freebase ‘
Cocaine freebase adalah bes kokain yang bebas dari segala bahan campuran dan dihisap dalam bentuk tulin. Ia diperolehi dengan melarutkan kokain, yang biasanya tidak lebih dari 50% tulin, ke dalam air yang mana kemudiannya diekstrak dengan menggunakan bahan kimia yang mudah terbakar/meletup. ‘Cocaine freebase’ ini dihisap dengan menggunakan paip khas.
5) ‘ Crack Cocaine ‘
Crack Cocaine yang juga dikenali sebagai kokain ‘ Rock ‘ adalah nama untuk sejenis kokain tulin ( ‘freebase’ ) yang dihisap. Crack Cocaine adalah campuran kokain dengan ‘baking powder’ yang hasilnya berbentuk ‘granules’. Crack yang mempunyai ketulinan sehingga 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan teruk selepas penggunaan yang agak singkat.
4.2) CARA-CARA MENGGUNA KOKAIN
Kokain boleh dimakan tetapi biasanya kokain dihidu atau disuntik ke dalam pembuluh darah individu.
4.3) KESAN DAN BAHAYA PENGGUNAAN KOKAIN DALAM TUBUH MANUSIA
1. Euforia.
2. Bercakap berlebih-lebihan. Dengan dos yang tinggi menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain kerana tidak logik atau munasabah.
3. Rasa puas hati yang diperolehi dengan dos rendah bertukar kepada rasa bimbang dan resah gelisah dengan dos tinggi.
4. Rasa cergas yang diperolehi dengan dos rendah menimbulkan kekeliruan dengan dos tinggi.
5. Tidak dapat tidur.
6. Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri.
7. Halusinasi dan paranoia.
8. Desakan untuk melakukan kerja yang berulang-ulang.
9. Pergantungan fisikal dan psikologikal serta meningkatkan daya tahan.
10. Psikosis kokain seperti psikosis amfetamin.
5) KESIMPULAN
Dadah merupakan bahan kimia psikoaktif sama ada yang asli atau yang tiruan apabila disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau kelakuan seseorang. Dadah mempunyai pelbagai jenis antaranya ialah kokain dan kanabis. Kedua-dua dadah jenis ini amat popular dikalangan penagih dadah dan ia berasal daripada pokok yang banyak tumbuh di kawasan Tiga Segi Emas ( The Golden Triangle ) dan di kawasan Bulan Sabit Emas ( The Golden Cresent ).
Dadah mempunyai banyak kebaikan jika digunakan dalam dos yang betul. Dadah biasanya digunakan dalam bidang perubatan sebagai ubat bius, penahan sakit dan banyak lagi kegunaannya. Tetapi kini, terdapat individu yang telah menyalahgunakan dadah untuk tujuan keseronokan dan juga untuk mendapatkan keuntungan. Akibat penyalahgunaan dadah maka banyak kesan-kesan negatif yang berlaku ke atas sistem saraf manusia. Selain itu , penyalahgunaan dadah juga mendatangkan kesan yang buruk bukan kepada diri individu itu sahaja, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat, ekonomi, dan keselamatan negara. Oleh sebab itu langkah-langkah yang sewajarnya patut diambil untuk membasmi penyalahgunaan dadah daripada terus menular.
diambil dari >> KLiK
Gambar
sumber >>> KLIK KLIK




PREVENT DRUG ABUSE

2 ulasan:

  1. terbaik artikel nie tapi tak larat nak baca, KIV dulu.

    BalasPadam
  2. hahaaha....ekceli posting ni berkenaan soalan periksa sorang adik yg tgh belajar medik kat ukraine tu [CMSI]

    BalasPadam